Catatan

MY BEST FRIEND FOREVER (BFF)

Imej
Ok saya dah cerita pasal family saya, sekarang saya  nak cerita pasal kawan saya dia ni kawan saya sejak umur saya 3 bulan mesti korang tak percayakan saya sendiri pun tak percaya tapi memang macam tu. Dialah orang paling saya percaya, dia faham saya, saya pun faham dia. Ok kembali kepada tajuk nama dia NurAthira Husna dia ni memang senang gelak dan memang senang buat orang ketawa dia ni bukan sahaja baik tapi peramah, bijak, suka budak dan banyak lagi. saya harap saya dan dia dapat jadi kawan selamanya.

HOBI SAYA DI MASA LAPANG

Imej
  Apabila masa lapang saya suka edit video dan membaca buku. Saya suka edit video ia dapat mengeluarkan banyak idea. Saya juga suka baca buku kerana lebih banyak membaca labih banyak ilmu dapat. Kalau COVID-19 ini dah tiada di Malaysia saya ingin pergi ke perpustakaan, memaglah sekarang masih boleh kesana tapi apabila penyakit ini reda boleh lah saya pergi ke perpustakaan bersama kawan-kawan saya. Tentang edit video ni pulak saya memang berminat dengan hobi ni sejak umur 9 tahun sebab macam seseorang ini ccurahkan semua imaginasi dan emosi dia kepada video yang dia buat itu.

SAMBUTAN KEMERDEKAAN DI SKPP

Imej
     Pada tahun 2017, SK PUNCAK PERDANA telah menyambut kemerdekaan bersama-sama murid, pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah seperti pertandingan koir, faseyen kemerdeaan, basikal kemerdekaan dan lain-lain. Pada hari itu guru dan murid perlu memakai pakaian yang berkait dengan kemerdekaan.Pada hari itu sekolah kami deserikan dengan pelbagai pakaian, hiasan kemerdekaan dan banyak lagi.Hari itu memang hari yang sangat menggembirakan buat kami semua. 

PERCUTIAN KE IPOH

Imej
                        PERCUTIAN KE IPOH Pada 29 Ogos 2020 saya dan keluarga pergi ke Ipoh untuk bercuti di LOST WORLD OF TANBUN saya duduk di Ipoh selama 2 hari. Pada tahun 2020 bukan sekadar di MALAYSIA tapi di seluruh negara dilandan wabak COVID-19 tapi semakin hari wabak itu semakin reda di Malaysai. OK balik kepada tajuk, apabila kami sampai di Ipoh saya sekeluarga pergi ke POLITEKNIK UNGKU UMAR untuk mengambil kakak saya yang belajar disana. Selapasa itu, kami terus pergi ke LOST WORLD OF TANBUN. Setelah sampai di sana kami sekeluarga makan petang dahulu sebelum memasuki taman tema air itu. LOST WORLD OF TANBUN itu bukan sahaja ada tempat untuk bermain air tapi disitu juga ada banyak lagi permainan yang lebih menyeronokkan.       Keesokan harinya, kami bercadang untuk ke CALLIE CASTLE tetapi hujan turun tetapi kami pergi juga kesana apabila hujan reda sedikit.Apabila lami sampai di sana ramai orang yang da...