PERCUTIAN KE IPOH



 

                      PERCUTIAN KE IPOH

Pada 29 Ogos 2020 saya dan keluarga pergi ke Ipoh untuk bercuti di LOST WORLD OF TANBUN saya duduk di Ipoh selama 2 hari. Pada tahun 2020 bukan sekadar di MALAYSIA tapi di seluruh negara dilandan wabak COVID-19 tapi semakin hari wabak itu semakin reda di Malaysai. OK balik kepada tajuk, apabila kami sampai di Ipoh saya sekeluarga pergi ke POLITEKNIK UNGKU UMAR untuk mengambil kakak saya yang belajar disana. Selapasa itu, kami terus pergi ke LOST WORLD OF TANBUN. Setelah sampai di sana kami sekeluarga makan petang dahulu sebelum memasuki taman tema air itu. LOST WORLD OF TANBUN itu bukan sahaja ada tempat untuk bermain air tapi disitu juga ada banyak lagi permainan yang lebih menyeronokkan.
      Keesokan harinya, kami bercadang untuk ke CALLIE CASTLE tetapi hujan turun tetapi kami pergi juga kesana apabila hujan reda sedikit.Apabila lami sampai di sana ramai orang yang datang untuk melihat sendiri rumah agam Callie itu .Tempat itu memang ada banyak sejarah. Disana setiap tempat di CALLIE CASTLE ada sejarah yang ditulis setiap penjuru. Walau sekejap saja dapat melihat rumah agam itu tetapi saya tetap rasa puas kerana saya biasanya hanya dengar cerita saja dari orang tentang tempat itu sekarang saya boleh melihat sendiri tempat yang amat bersejarah itu.
      Ketika kami sekeluarga hendak pulang kerumah saya rasa sanagt gembira kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga saya.



Ulasan